FESYEN pakaian jenama terkenal NBA memilih penyanyi Taeyang Big Bang sebagai salah seorang model terbaharu untuk musim panas 2015. Bagi kempen terbaharu pakaian gaya hip hop ini menampilkan gaya kasual dengan warna hitam putih itu bakal dipasarkan di Tiongkok dan Korea. "Kami mahukan kesan aura pada Taeyang sebagai model koleksi musim panas tahun ini. "Dengan populariti artis ini, kami berharap dapat menarik lebih ramai pembeli dikalangan peminatnya di Korea dan Tiongkok," ujar wakil NBA. Dalam pada itu, koleksi musim panas itu akan dilancarkan tidak lama lagi melalui laman rasmi NBA. Terdahulu, penyanyi ini baharu sahaja selesai konsert jelajah solonya Rise.