Ini kerana dia enggan tetamu yang datang banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit masing-masing berbanding memberi tumpuan kepada tuan rumah.
"Saya melarang tetamu yang datang ke rumah membawa telefon ketika majlis makan malam diadakan kerana tidak semua akan berborak kerana mereka semua sibuk dengan telefon bimbit masing-masing,” katanya.
Pelakon berusia 54 tahun itu membeli telefon bimbit pertamanya tiga tahun lalu dan lebih gemar untuk menyimpannya di rumah.
Pelakon 'The Puss in Boots' ini turut mengutuk orang yang mengambil gambar sendiri (selfie) menggunakan monopod kerana ia dianggap sebagai berbahaya.
"Orang ramai menjadikan monopod sebagai hadiah yang diberi semasa sambutan Krismas lalu dan tidak tahu kesan buruk teknologi kepada kehidupan kita," katanya.