SEJAK salah seorang ahlinya Jessica Jung mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Girls Generation Oktober tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya sama ada kumpulan ini akan mampu bertahan. Namun tanggapan tersebut silap apabila, konsert terbaharu mereka yang diadakan di venue prestisius, Tokyo, Jepun pada 9 Disember lalu masih mendapat sambutan. Konsert tersebut didokumentasikan ke dalam bentuk cakera padat dan Blu-ray kepada peminat-peminat yang tidak dapat menyaksikan persembahan mereka. DVD yang dilancarkan pada 1 April mendapat sambutan yang sangat baik dan menduduki tempat pertama di carta Oricon di Jepun. Seperti dipetik daripada Soompi, kumpulan itu mengungguli carta kategori Daily DVD, DVD Music, dan Blu-Ray Disc. Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Girls Generation masih popular biarpun tanpa ahlinya Jessica.