suria

Jessica & Krystal f(x) Artis Berpengaruh Dalam Dunia Fesyen

PENYANYI Jessica Jung dan Krystal f(x) merupakan artis K-Pop paling berpengaruh dalam dunia fesyen selepas dilantik menjadi model terbaharu untuk pakaian H&M.

Menurut laporan Soompi, Jessica dan Krystal akan memberikan pengaruh yang besar dalam dunia fesyen antarabangsa dan akan menjadi ikon terhadap jenama tersebut.

"Mereka memiliki penampilan yang menarik dan akan memberi pengaruh yang sangat besar terhadap gaya fesyen pemakaian orang ramai di seluruh dunia," kata sumber.

Jessica dan Krystal sering dilihat mengenakan pakaian yang mengikut trend terkini serta pernah memiliki rancangan realiti sendiri yang mengisahkan tentang kehidupan peribadi mereka.

Pasangan adik beradik ini juga sering mendapat perhatian ramai kerana pakaian mereka yang menarik ketika menghadiri acara tertentu.  

 

Jessica, Krystal f(x)

Artikel Lain