BINTANG filem Johnny Depp dan Amber Heard dilaporkan akan bercerai selepas dua bulan mendirikan rumah kerana perselisihan faham. Menurut laporan Hollywoodlife, keretakan hubungan pasangan tersebut berpunca daripada kurangnnya komunikasi yang terjalin diantara mereka. "Mereka dikatakan tidak lagi bercakap antara satu sama lain dan Amber dilihat risau dengan keadaan Deep yang jarang pulang ke rumah berhari-hari tanpa meninggalkan sebarang pesan mahupun menelefonnya," kata sumber. Selain itu, punca keretakkan rumah tangga mereka adalah akibat sikap Deep yang sering mabuk dan tidak bertanggungjawab mengenai hal rumah tangga. Pasangan yang berkahwin pada 3 Februari lalu itu, belum lagi mengumumkan status hubungan mereka dan sumber berkata mereka akan bercerai dalam masa terdekat ini.