suria

Sam Smith Minta Nasihat Beyonce Kuruskan Badan

Perbezaan ketara Sam yang kehilangan berat badan dalam masa beberapa bulan.

PENYANYI Sam Smith mendedahkan Beyonce ada memberinya nasihat dan tip mengenai pemakanan sihat dalam mengurangkan berat badannya.

Sam berkata, dia mengikut nasihat diberikan penyanyi terkenal itu dan berjaya mengurangkan berat badannya hanya dalam masa beberapa bulan.

"Saya ada berbual dengan Beyonce mengenai masalah berat badan saya dan dia telah memberi nasihat terutamanya tentang pemakanan dan ia sangat berguna," katanya.

Tambah Sam, selain itu dia juga turut mengamalkan diet seperti disarankan oleh pakar pemakanan, Amelia Freer menerusi buku Eat. Nourish. Glow.

Dalam pada itu, Sam berkata, biarpun telah berjaya menguruskan badannya namun dia masih belum berpuas hati dengan bentuk tubuhnya dan menyasarkan untuk mengurangkan beberapa kilogram lagi.

Sam Smith, Beyonce.

Artikel Lain