Menurut laporan E! Online, Zayn telah membotakan kepalanya sebagai tanda penghargaan kepada sahabat-sahabatnya untuk meneruskan perjuangan dalam kumpulan One Direction.
Zayn dikatakan telah tampil bersama ibunya di London dengan imej botak dan ia amat mengejutkan ramai pihak kerana imej berbeza itu.
Terdahulu, Zayn dilihat telah menghadiri anugerah Asia Awards di London bersama pasangan duet barunya iaitu Naughty Boy.
Kumpulan One Direction kini dianggotai Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Liam Payn.