"Kami akan membuat filem terbaik yang pernah kamu semua tonton," kata Diesel di satu pawagam di Las Vegas, CinemaCon, yang turut dipetik oleh jurnal Hollywood.
Diesel turut mengimbas kembali saat mengumumkan filem ketujuh tersebut bersama Walker pada majlis itu.
"Kali terakhir saya berada di atas pentas ini adalah bersama adik saya, Pablo (gelaran untuk Walker).
"Sukar bagi saya untuk tidak beremosi, lebih-lebih lagi selepas menonton filem tersebut," katanya lagi.
Walker meninggal dunia dalam satu kemalangan yang melibatkan kereta berkelajuan tinggi di utara Los Angeles semasa filem tersebut hanya baru separuh disiapkan.
Filem tersebut kemudiannya disiapkan menggunakan kesan visual yang dihasilkan oleh komputer dan menduplikasi tubuh badan.
Bagaimanapun, Diesel tidak mendedahkan butiran mengenai filem terbaharu tersebut dan pada masa sama, tidak pasti sekiranya pelakon Dwayne Johson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan Kurt Russell akan kembali beraksi untuk filem kelapan itu.