MESKIPUN sudah berusia 40 tahun, aura bintang bola sepak David Beckham masih lagi bersinar dengan sempurna.
Ini terbukti saat dia mendaftar akaun laman sosial Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya pada 2 Mei lalu, David berjaya mengumpulkan sehingga 2.4 juta pengikut dalam tempoh masa 12 jam.
"Mereka ingin tahu sisi luar David selain kesibukannya dengan kerjaya," kata sumber.
Peminat-peminat David turut menjangkakan bahawa lelaki itu mampu mendapat pengikut yang lebih daripada isterinya, Victoria yang memiliki 4.3 juta pengikut.