PASANGAN selebriti yang paling diminati di Hollywood, Gigi Hadid dan Cody Simpson dikatakan telah berpisah selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Menurut laporan Daily Mail, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana sibuk dengan urusan masing-masing dan mereka sukar untuk meluangkan masa bersama. "Hubungan percintaan mereka kini memang sudah berakhir kerana mereka tiada masa untuk bersama kerana masing-masing sedang sibuk dengan urusan kerjaya. "Mereka dikatakan masih berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain dan tetap berkawan seperti biasa kerana mereka mengambil keputusan untuk berpisah hasil persetujuan bersama," kata sumber seperti dilaporkan E! News. Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.