Menurut laporan allkpop, Henry cedera akibat terjatuh sewaktu dia sedang bersenam.
Daripada gambar yang dimuat naik dalam laman sosial instagram miliknya, kaki Henry mempunyai kesan lebam yang teruk dan diletakkan iodin.
Henry juga memberi keterangan gambar dengan memaklumkan dia terjatuh teruk dan mengalami kecederaan.
"Saya telah jatuh dan sangat menyakitkan sekali," katanya.