SALAH seorang kumpulan 2 AM, Jo Kwon mendedahkan dia telah melakukan pemindahan darah sebanyak lapan kali untuk sesi rawatan penyakit Anemia yang dihidapinya. Anemia adalah penyakit dimana seseorang kekurangan darah terutama zat yang dikenali dengan istilah hemoglobin. Menerusi laporan Soompi, Jo Kwon memberi maklumat terkini mengenai kesihatannya menerusi temu bual di Entertainment Weekly. "Badan saya agak kurang stabil selepas melakukan lapan kali pemindahan darah. Saya benar-benar tidak bertenaga. "Kesihatan saya semakin bagus tetapi doktor sarankan supaya saya berehat terlebih dahulu sebelum kembali aktif," katanya