suria

Britney Spears & Charlie Ebersol Berpisah

Charlie Ebersol dan Britney Spears menjalinkan hubungan cinta selama lapan bulan sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
SELEPAS lapan bulan menjalinkan hubungan cinta, penyanyi terkenal Britney Spears, 33,  memutuskan untuk berpisah dengan teman lelakinya, Charlie Ebersol.

Daily Mail melaporkan pasangan itu berpisah secara baik dan kali terakhir mereka dilihat bersama ketika menghadiri majlis Anugerah Billboard 2015 pada 17 Mei lalu di Las Vegas.

Ketika ditemu bual wartawan, Charlie, 32, menyifatkan Britney adalah wanita tercantik dan mereka dilihat dalam keadaan baik serta sentiasa tersenyum.

Bagaimanapun Britney telah memadam gambar bersama lelaki berkenaan di laman Instagram miliknya.

Selepas berita perpisahan itu tersebar, Britney dilihat bercuti bersama keluarganya di kampung halamannya, Lousiana.

Britney sebelum ini pernah berkahwin dengan Kevin Federline dan mereka mempunyai dua cahaya mata. 
Britney Spears, Charlie Ebersol.

Artikel Lain