PELAKON Kim Sun Ah berang apabila pihak produksi drama Masked Prosecutor sekali lagi menunda jadual penggambaran drama tersebut. Dia bertindak meluahkan perasaan marahnya di laman Instagram dan menganggap ia sebagai keterlaluan dan tidak profesional. "Produksi Masked Prosecutor menunda lagi penggambaran kerana ingin melakukan penggambaran iklan. Tentu sahaja aku marah kerana ini bukan kali pertama. "Kami menjalani latihan seperti anjing sejak pagi tadi dan sekarang aku sudah terlalu penat untuk melakukan babak ketawa ketika penggambaran, jika kamu terus bersikap begini...." tulisnya. Bagaimanapun, Kim Suh Ah telah memadam status tersebut beberapa jam kemudian. Sementara itu, KBS selaku pihak produksi memberi penjelasan bahawa produksi tersebut memang terpaksa menjalani penggambaran lain. "Masalah penggambaran Masked Prosecutor bukan maslah dalaman kerana ada penggambaran lain dilakukan di lokasi tersebut. Lagi pula masa masih awal dan penggambaran drama boleh dilakukan pada waktu petang," ujar wakil KBS.