Allkpop melaporkan Jung Woo membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program Weekly Entertainment untuk mempromosikan filem berkenaan pada 27 Jun lalu.
"Mungkin ini perkara paling berbahaya yang akan saya katakan tetapi saya sukakan dia," katanya secara spontan ketika ditanya mengenai hubungannya dengan aktres tersebut.
Jung Woo memberitahu wanita berkenaan sangat berbakat besar selain mempunyai kecantikan yang memikat hatinya.
Paling menarik, ketika dia membuat pengakuan tersebut, Ji Hyun turut bersama-samanya ketika sesi temuramah berkenaan.
"Apa yang diluahkan Jung Woo sangat manis tetapi kami hanya temab biasa," kata Ji Hyun sebagai respon kepada kenyataan lelaki berkenaan.