SELEBRITI Kim Kardashian dikatakan masih meneruskan rutin kecantikannya biarpun sedang hamil anak kedua. Kim dilaporkan masih mengambil beberapa vitamin tambahan untuk mengekalkan kulit anjal, malah dia juga melakukan pembedahan plastik. Menurut sumber seperti yang dipetik Hollywoodlife, wanita ini tidak pernah menghentikan rutin kecantikan yang boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungannya. "Pembedahan plastik adalah kebiasaan keduanya. Paling utama ialah dia mengubah setiap bahagian tubuhnya seperti hidung, botoks, dagu, implan payudara dan sedut lemak. "Dia biasanya melakukan botoks dan fillers setiap tiga bulan sekali agar wajahnya tidak berkedut. Dia juga sangat menjaga bibir dan tulang pipi yang tinggi," ujar sumber. Bagaimanapun, dakwaan tersebut sudah dinafikan pihak pengurusan wanita itu yang menganggap ia sebagai berita tidak benar.