suria

Taemin (SHINee) Terperangkap Di Bali Ekoran Letusan Gunung Berapi

Taemin terperangkap di Bali selepas letusan Gunung Raung di Jawa Timur pada Khamis lalu.

ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Taemin adalah salah seorang daripada 19,000 pelancong terperangkap di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar selepas ia ditutup buat sementara waktu ekoran letusan Gunung Raung di Jawa Timur pada Khamis lalu.

Taemin yang bercuti ke Bali bersama rakan-rakan sejak seminggu lalu dan sepatutnya pulang ke Seoul, Korea pada malam Jumaat lalu.

Salah seorang kakitangan syarikat pengurusan SM Entertainment yang turut menyertai percutian itu memaklumkan keadaan mereka dalam keadaan baik dan berharap dapat pulang ke Korea dengan segera.

Bagaimanapun lapangan terbang tersebut termasuk di Lombok, Banyuwangi dan Jember dilaporkan akan terus ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar terkawal.

Taemin turut memaklumkan tentang keadaan dirinya dan teman-teman menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial dan berharap peminat mendoakan keselamatan mereka.

Taemin, Shinee.

Artikel Berikut

Artikel Lain