PENYANYI Ed Sheeran menceritakan pengalaman pelik yang tidak dapat dilupakannya ketika menjadi penyanyi iaitu terpaksa membuang air besar di atas pentas ketika melakukan persembahan. Dia menceritakan kejadian tersebut dalam satu wawancara di radio Nova FM pada Jumaat. Katanya, ketika kejadian tersebut dia benar-benar sakit perut dan tidak dapat menahan untuk membuang air besar. "Sebelum memulakan persembahan saya tidak rasa apa-apa sehinggalah ketika sedang melakukan persembahan saya rasa terlalu tidak tahan dan ingin segera turun membuang air besar," ujarnya. Tambah rakan baik Taylor Swift ini, dia juga memberitahu pengalamannya tidak menukar seluar dalam selama tiga hari.