Menurut laporan The Sun, mereka sedang mengenali antara satu sama lain dan pernah mengajak penyanyi itu berjalan-jalan di Wembley bersama.
"Sehingga kini, mereka masih lagi berada pada fasa pertama mengenali diri masing-masing. Bagaimanapun, rakan-rakan mereka sudah pun mengetahu tentang perhubungan itu," kata sumber.
Difahamkan, Nicole merupakan seorang peminat tegar Ed dan sering mendengar lagu-lagu penyanyi itu ketika sedang bersedih gara-gara putus cinta dengan Lewis Hamilton.
Ed juga baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Athina Andrelo.