Bagaimanapun, syarikat rakaman YG Entertainment yang dinaungi dua penyanyi itu berkata tidak akan mengubah lirik tersebut semata-mata mahu mengikut kehendak stesen TV berkenaan.
"Tiada sebarang pengubahsuaian yang akan dibuat. Lagu tersebut bergenre Hip Hop di mana video muziknya sudah diklasifikasikan sebagai 'Rated R' (terhad)," kata wakil YG Entertainment kepada Star News.
Sejak 4 Ogos llalu, klip video Zutter di Youtube telah mencecah sehingga 7 juta tontonan.
Zutter merupakan lagu kolaborasi G-Dragon dan Top, di mana mereka juga merupakan anggota kumpulan Big Bang.
Dalam perkembangan lain, Big Bang kini sedang sibuk menjayakan konsert jelajah antarabangsa di beberapa negara Asia dan Eropah.