Seekor kuda yang digunakan dalam penggambaran filem tersebut tiba-tiba bertindak ganas dan hilang keseimbangan lalu jatuh di atas badan aktor berusia 77 tahun itu.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan pelakon itu patah dua tulang rusuk.
"Kuda tersebut jatuh di pinggang dan dada saya. Kalau dia menghempap seluruh tubuh, saya pasti akan meninggal dunia kerana terlalu berat," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dalam nada bergurau, aktor tersebut memberitahu, jika dia meninggal dunia pasti berita kematiannya akan menjadi tajuk muka depan akhbar.