Allkpop melaporkan pencapaian tersebut menjadikan lagu berkenaan kekal sebagai video paling banyak ditonton dalam sejarah laman video berkenaan.
Populariti lagu berkenaan telah menjadikan Psy seorang bintang paling popular dan mempunyai peminat di seluruh dunia.
Selain Gangnam Style, Psy juga pernah mengeluarkan single berjudul Gentlemen dan Hangover namun ia tidak dapat menyamai kejayaan lagu tersebut.