suria

One Direction Sangkal Gosip Bakal Berpecah

One Direction tidak akan berpecah seperti mana didakwa sebelum ini.

KUMPULAN terkenal One Direction menyangkal dakwaan kononnya mereka akan berpecah pada tahun hadapan.

Salah seorang anggotanya, Niall Horan menjelaskan mereka akan kekal sebagai sebuah kumpulan dan hanya akan bercuti bagi memberikan tumpuan kepada projek solo.

Niall berkata demikian menerusi akaun Twitter miliknya selepas berita perpisahan mereka mendapat perhatian hebat peminat.

"Sudah terlalu banyak gosip mengenai perpisahan One Direction tetapi ia tidak benar cuma mereka hanya akan berehat seketika bagi menumpukan perhatian kepada projek solo masing-masing," tulisnya seperti dilaporkan The Mirror.

Niall turut memberitahu mereka masih banyak impian yang ingin dicapai sebagai sebuah kumpulan dan akan kembali demi peminat mereka.

Dalam pada itu, Louis Tomlinson dalam satu Tweet berlainan berkata, mereka tidak akan meninggalkan peminat dan berjanji akan kembali bersatu sebagai kumpulan.

"Kami hanya berehat dan tidak akan ke mana-mana. Janji! Sokongan anda tidak dapat diungkap dengan kata-kata," katanya.

One Direction

Artikel Lain