SATU video seks yang menyerupayi penyanyi Gary mula tersebar sehingga menjadi buah mulut orang ramai kononnya penyanyi tersebut terlibat melakukan aksi melampau. Bagaimanapun ia dinafikan oleh wakil penyanyi itu yang berkata, selepas diamati rakaman video itu, ia bukan Gary seperti mana yang hangat diperkatakan. All Kpop yang memetik jurucakap Gary melaporkan, perkara itu dapat dibuktikan apabila tatu pada lengan penyanyi tersebut. "Kalau dilihat pada lengan pelakon video itu, kelihatan tatu pada lengan sebelah kiri manakala Gary mempunyai tatu pada lengan kanan. Walaupun lakarannya sama, namun lakaran tatu pada lengan Gary adalah lebih kecil. "Gary adalah mangsa keadaan. Mungkin timbul banyak salah faham mengtenai video seks itu jadi sebaiknya-baiknya dia (Gary) mahu kuburkan sahaja kisah itu,” ujar jurcakap penyanyi tersebut. Semasa video itu tersebar, Gary tidak banyak memberikan maklum balas namun ramai yang menuduh individu berkenaan adalah Gary. Pihak pengurusannya juga berhasrat mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu itu dalam masa terdekat. Wakil penyanyi itu turut mendedahkan, seorang individu yang mengaku melakonkan adegan seks berkenaan telah menghubungi syarikat pengurusan artis tersebut dan melahirkan rasa simpati kerana Gary dituduh terlibat. Malah pemuda dalam video berkenaan juga bersedia untuk disiasat selain mendakwa apa yang dilakonkannya itu adalah kerana terdesak.