Koreaboo melaporkan gelaran itu diberi oleh para pengguna media sosial - netizen dengan mengatakan penyanyi berkenaan mempunyai badan paling menarik berbanding selebriti-selebriti lain di Korea.
Malah ada pihak yang membandingkan bentuk badan Hyosung dengan beberapa bintang ternama.
Selain aktif melakukan promosi, Hyosung yang terkenal sebagai model pakaian dalam kini sibuk dengan pelantikannya sebagai jurucakap beberapa jenama terkenal.