Tidak lama kemudian mereka dikhabarkan sedang membuat persiapan bagi mahjlis pernikahan.
Bagaimanapun, menurut laoran Dailymail, salah satu foto Gaga yang dirakamkan seorang jurufoto menimbulkan tanda tanya apabila penyanyi itu dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangannya.
Penyanyi itu dilihat keluar dari sebuah restoran yang terletak di kawasan West Hollywood pada Selasa lalu.
Ramai yang terkejut selepas penyebaran foto berkenaan apatah lagi Gaga sebelum ini sering dilihat memakai cincin berkenaan, ia mengundang tanda tanya berkemungkinan besar Gaga dan Kinney sudah berpisah.
Kali terakhir Gaga menunjukkan cincin di jarinya menerusi laman sosial Instagram kira-kira enam minggu lalu.