Selain itu ahli-ahlinya iaitu Eunjung, Jiyeon, Soyeon, Boram, Kyuri dan Hyomin turut sibuk dengan aktiviti-aktiviti peribadi.
Ketika sibuk dengan aktiviti masing-masing, Eunjung, menjadi bualan ramai di laman sosial gara-gara fotonya pada sebuah majlis pelancaran fesyen.
Menurut laporan Koreaboo walaupun Eunjung, berpenampilan biasa iaitu mengenakan blaus dan skirt, namun, bonjolan pada dadanya membuatkan kumpulan netizen mengejek penyanyi itu.
"Kenapa bra (pakaian dalam) dia terlalu besar? Seperti ada banyak ruang. Hahaha..." kata salah satu peminat Eunjung.