suria

Ganggu Penduduk, Polis Arah Kanye West Hentikan Berparti

Kanye West
BARU sahaja mahu bergembira dengan rakan-rakan selepas berakhirnya persembahan konsert, parti yang dianjurkan Kanye West tiba-tiba dihentikan oleh pihak polis.

Menurut laporan TMZ, parti yang dianjurkan di Beverly Hills itu turut dihadiri para peminat terpilih dan beberapa selebriti popular.

"Tiba-tiba pihak polis datang dan mengarahkan parti itu dihentikan gara-gara terlalu bising sehingga mengganggu sekitar kawasan tersebut.

"Bagaimanapun, Kanye akur dengan perkara itu dan terus beredar dari parti berkenaan," kata sumber.
Kanye West

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia