PELAKON Jennifer Garner membuat kemunculan di karpet merah pertama selepas berpisah dengan suaminya, Ben Affleck pada Jun lalu.
Us Magazine melaporkan aktres berkenaan tampil elegan dengan gaun hitam ketika menghadiri acara makan malam amal Baby2Baby yang mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak tidak bernasib baik.
Jennifer, 49, dilihat ceria bersama rakan-rakan selebriti lain seperti Rachel Bilson, Ellen Pompeo, Jenna Dewan-Tatum dan Selma Blair.