suria

Sienna Miller Buka Mulut Gosip Goda Brad Pitt

Sienna Miller
AKTRES Sienna Miller akhirnya membuka mulut dengan memberi penjelasan mengenai gosip kononnya dia cuba menggoda aktor Brad Pitt.

Menurut laporan Aceshowbiz, aktres itu menafikan gosip berkenaan dan tidak mengambil serius khabar angin yang tersebar.

Brad Pitt ketika menghadiri tayangan perdana 'The Time Traveler's Wife' di Ziegfeld Theater, New York. foto-AP
Brad Pitt

"Saya tidak membaca gosip-gosip itu di internet dan tidak menganggap gosip berkenaan sesuatu yang serius.

"Kami tidak mempunyai apa-apa hubungan. Brad menerbitkan filem yang saya lakonkan tetapi kami tidak bertemu di luar selain di set penggambaran. Saya baru berjumpa dengan dia sebanyak dua kali dan orang mula berkata kami menjalinkan skandal. Itu mengarut, " katanya.

Khabar angin itu mula tersebar apabila isteri Brad iaitu Angelina Jolie cemburu melihat cara kerja suaminya dan Sienna yang dianggap terlalu mesra.

Brad merupakan penerbit bagi filem The Lost City Of Z yang dibintangi oleh Sienna.
Sienna Miller, Brad Pitt

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain