suria

Ju Sung Mo Dapat Anak Selepas Lima Tahun Kahwin

PENYANYI Jo Sung Mo akhirnya bergelar bapa selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Goo Min Ji.

Jo Sung menerusi Instagram miliknya mengumumkan berita gembira itu dan berkata kedua-dua isteri dan anak lelakinya sihat.

"Hi semua. Saya sudah menjadi bapa kepada seorang anak lelaki yang sihat. Nampaknya dia suka bangun lewat malam. Seperti seorang pemuzik.

"Terima kasih kepada isteri kerana sanggup bertarung nyawa ketika proses kelahiran ini," katanya.

Bagaimanapun dia dan isteri masih belum menamakan anak sulung mereka itu.
Ju SUng Mo

Artikel Lain