AKTOR Hyun Bin dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran kontrak bersama agensi dari China selepas kontraknya bersama agensi O&Entertainment berakhir pada Disember ini. Sumber memberitahu pelakon Secret Garden itu menerima tawaran yang agak lumayan daripada agensi tersebut. Manakala, desas-desus mengatakan kontrak dengan agensi lamanya itu tidak diperbaharui kerana kegagalan dua projek drama dan filem yang dilakonkannya gagal. “Agensi dari China itu sedang merayu Hyun Bin dengan tawaran yang besar. Bagaimanapun, Hyun Bin sedang mempertimbangkannya, namun ada kemungkinan besar dia bersetuju,” ujarnya. Jika Hyun Bin bersetuju maka ia menjadi selebriti Korea kelas A pertama yang berada di bawah agensi China. Sementara itu, pihak agensi A& Entertainment enggan mengulas tentang gosip yang tersebar itu. “Kami tidak tahu tentang gosip ini walaupun kami membacanya di media,” ujar wakil agensi.