SUKSES dalam karier muzik, Sam Smith boleh dikira antara penyanyi terkaya di Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, menurut laporan Female First, Sam berkata, walaupun sudah memiliki segala-galanya, dia masih lagi berasa ada kekurangan dalam diri. "Oh Tuhan, saya teringin mempunyai seorang anak. Saya juga mahu melalui kehidupan yang normal seperti masyarakat di luar sana yang bebas melakukan apa sahaja. "Saya mahu masak, mahu bercinta, mahu menjadi remaja yang melakukan kesalahan hidup dan meluangkan banyak masa bersama keluarga. "Menjadi penyanyi, perkara itu semuanya cukup terbatas," katanya. Dalam perkembangan lain, Sam kini muncul dengan lagu baharu berjudul Writing's On The Wall, lagu tema bagi filem James Bond, Spectre.