Menurut sumber seperti dipetik Radar Online, pasangan itu bergaduh kerana penampilan anak sulung mereka North West.
Katanya, Kim tidak suka jika rambut anaknya itu tidak diikat rapi, namun Kenya yang kasihan melihat anaknya mengadu kesakitan kerana ikatan terlalu ketat.
Kenya meminta agar Kim membuka ikatan rambut tersebut sehingga perkara itu menimbulkan salah faham antara pasangan berkenaan.
"Selalunya, dia mahu apa yang digayakan oleh anaknya itu mengikut benar-benar apa yang dimahukan," ujar sumber.