MODEL Gigi Hadid tampil mempertahankan hubungannya dengan penyanyi Zayn Malik selepas mereka mengambil keputusan untuk kembali bersama. Gigi dalam status di Twitter menyelar tuduhan bekas teman lelakinya, Joe Jonas yang menganggap percintaan pasangan itu hanyalah palsu dan sengaja untuk mencari publisiti. "Siapa anda untuk mengatakan ia palsu? Kadang-kadang dalam kehidupan sesuatu perkara itu terjadi tanpa sebab dan logik munasabah. "Jika saya ada peluang untuk duduk berbual dengan setiap daripada anda dan menceritakan hal sebenar saya sanggup berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan femalefirst.co.uk. Tambah Gigi, dia tidak mahu memperdulikan tanggapan orang terhadapnya dan ingin meneruskan kehidupan mengikut caranya sediri.