KEHADIRAN Tae Yeon pada majlis anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak.
Bagaimanapun, menurut laporan Koreaboo, penampilan ketua kumpulan Girls Generation itu kononnya meniru imej Avril Lavigne.
Peminat-peminatnya menyifatkan gaya rambut Tae menyerupai Avril dan sebagai bukti, mereka telah memuat naik foto-foto Tae yang menunjukkan seakan-akan serupa dengan gaya Avril.
"Dari gaya rambut sehinggalah aksi pose Tae Yeon semuanya palsu. Dia meniru gaya Avril," kata salah seorang peminatnya.