PASANGAN selebriti Ryan Gosling dan Eva Mandes dilaporkan bakal berkahwin tahun depan. Sumber memberitahu Hollywood Life, Ryan Gosling menyatakan hasrat tersebut selepas melihat bagaimana kekasihnya itu menjaga anak mereka, Esmerada dengan baik. “Lelaki itu tersentuh melihat Eva menjaga anak mereka dengan baik hingga dia merasakan sudah tiba masanya mendirikan rumah tangga,” ujar sumber. Bagaimimanapun, majlis pernikahan itu akan berlangsung secara tertutup dan rahsia. Selain itu, pasangan ini juga dilaporkan ingin menambah cahaya mata bagi melengkapkan keluarga bahagia mereka.