suria

Lee Min Ho Pilih Keluarga Berbanding Kekasih Pada Krismas

AKTOR kacak Lee Min Ho memberitahu tidak akan menyambut hari Krismas dengan bercuti bersama kekasihnya Suzy, sebaliknya memilih untuk bersama keluarga.

Aktor filem Heirs ini memberitahu dia ingin menikmati waktu santai bersama keluarga yang jarang-jarang sekali diluangkan kerana kesibukan kerja.

"Saya berharap tiada sebarang aktiviti pada cuti sambutan Krismas nanti kerana saya ingin sekali bersama keluarga.

"Sejak menjadi artis masa bersama keluarga juga agak terhad, kami jarang berkumpul bersama-sama," ujarnya.

Lee Min Ho ketika ini sibuk dengan filem terbaharunya berjudul Bounty Hunter. Dia juga kini lebih fokus untuk berlakon filem berbanding drama selepas filem Gangnam 1970 mendapat sambutan peminat.

Lee Min Ho

Artikel Sebelum

Artikel Lain