KUMPULAN EXO menutup tirai tahun 2015 dengan berita gembira apabila muncul sebagai artis Kpop dengan penjualan album terbanyak di Amerika Syarikat. Billboard melaporkan album terbaharu mereka berjudul Exodus mencatatkan penjualan paling tinggi dan ini adalah kali kedua EXO menerima pengiktirafan itu. EXO turut menerima pengiktirafan sama daripada pihak Billboard di Jepun atas kecemerlangan penjualan album di negara itu. Kumpulan itu melancarkan tiga buah album tahun ini termasuk Exodus, Love Me Right (edisi khas) dan album krismas Sing For You. Ketiga-tiga album berkenaan mendapat sambutan hangat di Amerika dan di seluruh dunia.