BINTANG pop Kanye West dan Kim Kardashian telah ditawarkan sebanyak $AS2.5 juta (RM10.7 juta) untuk rakaman foto pertama anak lelaki mereka, Saint. Menurut laporan portal tmz, sejak Saint dilahirkan pada 5 Disember lalu, pasangan itu masih belum membuat sebarang fotografi anak mereka. Bukan foto Saint sahaja yang akan dirakamkan tetapi harga tersebut ditawarkan untuk sesi fotografi seisi keluarga termasuk anak sulung mereka North, berusia dua tahun. Bagaimanapun Kanye dan Kim masih belum memberi kata putus untuk menerima tawaran tersebut.