suria

Victoria Beckham Bakal Reka Gaun Pengantin Eva Longoria

Eva Longoria dan Victoria Beckham.

PADA masa ini, aktres Eva Longoria dan tunangnya Jose Antonio Baston sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Menurut laporan Dailymail, Eva dikhabarkan bakal memakai gaun pengantin rekaan teman baiknya, Victoria Beckham.

Difahamkan gaun pengantin Eva berkonsep klasik. Sehingga kini baik Eva mahupon Victoria tidak belum memberi respons mengenai perkara tersebut.

Eva dan Jose yang merupakan presiden sebuah syarikat media di Mexico iaitu Televisa telah mejalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, Eva pernah berkahwin dengan aktor Tyler Christopher pada tahun 2002, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Kemudian aktres siri Desperate Housewives itu mendirikan rumah tangga dengan Tony Parker pada tahun 2007 dan bercerai pada tahun 2010.

Eva Longoria, Victoria Beckham

Artikel Lain