PENYANYI Kelly Clarkson bakal diundang sebagai juri jemputan program American Idol lapor E Online! Penerbit Ekskutif American Idol, Trish Kinane mengesahkan perkara itu selain mendedahkan Kelly akan mengadakan persembahan istimewa pada program itu nanti. American Idol pada tahun ini yang memasuki edisi ke-15 menjadi musim terakhir. Untuk rekod, Kelly, 33, adalah juara pertama program berkenaan pada 2002. Penyanyi Jennifer Lopez, Keith Urban dan Harry Connick Jr pula bertindak sebagai juri pada musim terkahir ini.