suria

Tiffany (SNSD) Sudah Ada Pengganti Nichkhun (2PM)

BAHARU sahaja dikhabarkan putus cinta dengan Nichkhun 2PM, Tiffany SNSD kini dilaporkan sudah mempunyai pengganti.

Penyanyi laguLion Heart itu dikhabarkan kini menjalinkan hubungan istimewa dengan komposer dan produser daripada pengurusan AOMG iaitu Gray.

Hubungan tersebut bermula sejak pertengahan tahun 2015 ketika menyiapkan album solo penyanyi wanita itu.

Sumber daripada industri muzik Korea juga mengesahkan hubungan tersebut apbila pasangan ini sering kelihatan bersama.

"Mereka punya minat dan selera muzik yang sama, mereka sering keluar seperti pasangan bercinta yang lain," ujar sumber.

Selain itu, rakan terdekat wanita itu turut memberitahu pasangan tersebut rapat sekitar tiga bulan lalu.

"Mereka kelihatan bahagia dan ia bukan rahsia lagi dikalangan para penyanyi," ujar sumber.

Bagaimanapun, pihak pengurusan SM Entertaiment menafikan perkara itu dan memberitahu hubungan tersebut sekadar teman rapat semata-mata.

Tiffany SNSD, Nichkhun 2PM

Artikel Lain