PELAKON Shin Se Kyung dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya di laman sosial. Allkpop melaporkan, Se Kyung membuat laporan itu di Balai Polis Gangnam dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjatuhkannya dengan berita tidak benar. Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan Se Kyung iaitu Namoo Actors. "Benar dia membuat laporan tersebut selepas komen negatif diterimanya akibat perbuatan beberapa individu yang menyebarkan fitnah tidak benar tentangnya di laman sosial. "Se Kyung mahu perkara ini dihentikan segera kerana berita yang tersebar adalah tidak benar selain ia fitnah," kata wakil pengurusan pelakon itu.