suria

Cameron Diaz Sudah Sedia Bergelar Ibu

Cameron dan Benji berkahwin setahun lalu dan kini sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata.
PELAKON terkenal Hollywood, Cameron Diaz sudah bersedia untuk bergelar ibu selepas setahun berkahwin dengan anggota kumpulan Good Charlotte, Benji Madden.

Daily Mail melaporkan Cameron, 44, turut mengakui perkahwinan dengan Benji telah mengubah prespektif terhadap kehidupan dan kini mahu menikmati pengalaman bergelar seorang ibu.

"Cameron sangat gembira dengan kehidupannya bersama Benji dan perkahwinan telah banyak mengubahnya termasuk soal anak.

"Dia kini sudah bersedia untuk mempunyai keluarga bersama Benji dan menikmati pengalaman bergelar seorang ibu," kata sumber terdekat pelakon filem Something About Mary itu.

Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu, Cameron kini lebih banyak menghabiskan masa bersama dua anak saudaranya iaitu Harlow dan Sparrow yang juga anak kepada kembar suaminya, Joel Madden.

Joel berkahwin dengan pelakon Nicole Richie.

Cameron Diaz, Benji Madden

Artikel Sebelum

Artikel Lain