PERUBAHAN drastik Sam Smith yang dilihat semakin kurus membuatkan ramai peminatnya meminta dia segera berhenti melakukan diet yang ekstrim. Menurut laporan Dailymail, Sam baru-baru ini telah memuat naik foto dirinya di Instagram dan penurunan berat badan yang drastik benar-benar membuatkan ramai yang terkejut dengan imej baharu itu. "Kurusnya! Dia patut berhenti menguruskan badan lagi, Nampak pelik apabila kepalanya lebih besar daripada badan," komen salah seorang peminat di laman sosial berkenaan. Terdahulu, Sam pernah berkata bahawa dia agak sukar menahan nafsu makan terutamanya apabila melihat ayam goreng dan keju di atas meja. "Makanan adalah isu yang besar kerana saya suka makan. Ia agak sukar apabila terpaksa menyekat makanan kegemaran kita. Tetapi saya tetap berusaha untuk mengawal pemakanan saya," ujarnya.