ANGGOTA kumpulan Wonder Girls mendedahkan dia akan minum sekurang-kurangnya satu liter air mineral setiap pagi bagi menjaga kecantikan wajahnya. Soompi melaporkan Hyelim hanya mengamalkan tips mudah itu untuk kekal cantik dan jarang mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan rawatan kecantikan. "Saya mempunyai masalah kulit kering dan minum air mineral setiap pagi membantu dalam memberi kelembapan pada wajah. "Tiada sebarang rahsia tertentu untuk cantik cuma perlu banyak minum air putih," katanya.