GARA-GARA sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Ryu Jun Yeol menerima kecaman kerana dikatakan menyindir bekas presiden Korea mendiang Roh Moo Hyun. Menerusi foto itu, Ryu Jun Yeol dilihat sedang mendaki tebing batu dengan menulis kapsyen "sedang dalam perjalanan membeli tauhu untuk mamaku." Gambar yang dimuatnaik Ryu dikecam peminat. Kata-kata itu membuatkan netizen menganggapnya sebagai berjenaka tentang Roh Moo Hyun yang meninggal dunia pada tahun 2009 akibat bunuh diri dengan terjun dari tebing Bueongibawi. Presiden tersebut dikatakan tertekan dengan menanggung hutang dilabelkan oleh pihak yang membencinya dengan berkata dia berhutang kerana membeli tauhu. "Dia sedang menyindir bekas presiden dengan mendaki tebing tersebut dan menyebut perkataan tauhu seolah-olah menyokong pihak berhaluan kiri yang sering menyidir tentang kematian mendiang," ujar netizen.