Khloe yang memadam gambar tersebut telah memuat naik sebuah gambar baharu yang dikatakan gambar asli sebelum melakukan suntingan.
Gambar asli yang dimuat naik di laman Instagram.
Dia turut menulis kapsyen bahawa netizen yang mengecam foto tersebut boleh mendapat bentuk tubuh badan sepertinya jika kecaman itu boleh membakar kalori.
"Jika saja mencaci itu boleh membakar kalori sudah tentu kamu semua boleh menjadi seksi, sayangnya tidak. Ini foto asli dan garis suntingan tidak ada," ujarnya.
Foto tersebut turut menerima reaksi pengikutnya yang berbeza-beza.
Malah, Khloe juga mempunyai bilangan peminat tegar yang sentiasa menyokong tindakannya di laman sosial.