suria

Ben Affleck & Jennifer Garner Kerap Bertemu Selepas Cerai

BIARPUN lapan bulan mengumumkan perpisahan, pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Garner dilaporkan kerap bertemu.

Mereka juga dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tinggal di rumah yang sama demi kebahagiaan anak-anak.

Sumber memberitahu Ben dan Jennifer menjalani hari-hari yang sempurna seperti ketika masih suami-isteri.

"Mereka akan terus tinggal di rumah yang sama dan masih belum mempunyai perancangan untuk mengubah keputusan tersebut," ujarnya.

Sumber menambah, kedua-dua selebriti ini sudah terbiasa dengan kehidupan yang dilalui itu biarpun mengambil keputusan bercerai.

Mereka berjanji untuk mengutamakan kepentingan anak-anak biarpun kini memilih jalan hidup masing-masing.
Ben Affleck, Jennifer Garner

Artikel Lain